FULL memoryy at jordan and syriaaa ;)
The Largest World Rest.
Traffic Light Rice
Ancaq,Mama and Me ;)
Me at Petra
Petra
1001 Night Rest.
Kate,Mama & Ancaq at Aleppo
Kate & Me at Bosra
Dinner at 1001 Night Rest.
Kanak2 at Norres ;)
Me & Mama at masjid in Aleppo
Atas Bukit Qosiyun
"Seven Sleepers", Jordan
Castle
HARI 01 (1 June 10): KUALA LUMPUR / BAHRAINBerkumpul di KLIA 3 jam sebelum masa berlepas, bertolak ke Bahrain selama 7 jam setengah kot. Tiba di Bahrain, kami dibawa ke hotel untuk berehat dan bermalam di sini.HARI 02 (2 June 10): BAHRAIN / LAUT MATI/ASHABUL KAHFI/AMMANSelepas sarapan, bertolak ke airport untuk mengambil penerbangan ke AMMAN. Setibanya di Amman, kami disambut oleh wakil disana . Singgah sebentar di Laut Mati sebelum perjalanan diteruskan untuk melawat Gua Asshabul Kahfi dimana terdapatnya “The Seven Sleepers”. Makan tengahari. Seterusnya check-in hotel. Makan malam dan tido-ing.HARI 03(3 June 10): AMMAN/PETRA/AMMANselepas sarapan pagi, melawat ke kota Petra berusia ribuan tahun iaitu tinggalan Arab Nabatean.saya and mama naek kudaa yang agakk busuk bontotnye ;) melalui gaung (the Sig) sehingga ke Al-Khazanah (Treasury) di mana episod terakhir filem India Jones- The Final Crusaders dirakamkan, The Jinn Block, The Amphitheatre, Colonnaded Street. rasa mcm na temuntah je naek kuda tuu . ewww -,- Makan tengahari dan solat. Bertolak semula ke Amman dan makan malam.HARI 04(4 June 10): AMMAN/NAWA/BOSRA/DAMASCUSSelepas sarapan pagi,Bertolak awal pagi ke sempadan Jordan-Syria untuk urusan imigresensetelah selesai kami ke Nawa bagi menziarahi makam Imam An-Nawawi dan kemudian kami dibawa ke kota kuno Bosra (Arab Nabatean 2000 BC) . Setibanya di Bosra, kami berpeluang untuk melawat dan melihat sendiri kesan-kesan tinggalan sejarah di kota kuno ini termasuklah the Roman Amphitheatre yang boleh memuatkan 15000 penonton dalam satu-satu masa. Makan tengahari dan selepas itu terus ke Masjid Al-Umari (masjid yang pertama dibina di Syria) untuk solat jumaat. Selepas itu, melawat Buheira Cathedral yang mempunyai sejarah penting sebagai lokasi pertemuan Rasulullah sallallahu ‘alaihe wasallam dengan Buheira iaitu paderi nosterian Kristian yang memberitahu tentang alamat kenabian pada diri baginda sewaktu kedatangan Rasulullah s.a.w ke bumi Syam untuk berniaga bersama bapa saudaranya Abu Talib di waktu umur baginda 12 tahun. Selepas itu, Masjid Al-Mabrak Al-Naaqah (tempat Rasulullah memberhentikan untanya dan unta yang pertama membawa mashaf Al-Quran yang pertama berhenti di Syria pada zaman khalifah Umar bin Al-Khattab radhiallahu anhu), Roman Pool dan lain-lain tinggalan sejarah dalam kota zaman lampau yang menakjubkan ini. Makan malam di restoran nasi mandi dan ke Damascus untuk check-in.HARI 05(5 June 10): DAMASCUS/HALAB/DAMASCUSSelepas sarapan, bertolak ke Halab atau lebih dikenali sebagai Aleppo. Bandar Halab terletak di Utara Syria dan ia merupakan bandar kedua terbesar di Syria selepas Damascus. Perjalanan dari Damascus ke Halab mengambil masa lebih kurang 5 jam iaitu sejauh 355 km. Makan tengahari. Setibanya di Halab,kami dibawa melawat ke kubu Halab iaitu kubu yang mempunyai sejarah seni bina yang sangat unik. Kubu Halab diisytiharkan sebagai “World Heritage Site” oleh UNESCO pada tahun 1986. Kubu ini dikelilingi oleh batu-batu bongkah yang besar dan tersusun rapi. Separuh hari dihabiskan untuk melawat sekitar kubu ini. Selepas itu bertolak pulang ke Damascus dan makan malam sebelum pulang ke hotel.HARI 06(6 June 10): DAMASCUS/HOMS/DAMASCUSSelepas sarapan, bertolak ke Homs (bandar ketiga besar di Syria) untuk menziarahi Masjid Khalid Al-Walid dimana di situ terdapat makam beliau dan juga sahabat Ubaidullah bin Umar bin Al-Khattab radhiallahu anhu. Makan tengahari dan solat. Seterusnya perjalanan diteruskan ke Castle Crack Des Chavelier (kota dalam kota). Ia merupakan kubu + istana tentera Salib yang terpenting dalam sejarah dunia. Mengikut sejarahnya, pada kurun ke 12 ia merupakan benteng terakhir tentera Salib di bumi Arab dan Islam sebelum dibebaskan oleh Sultan Malik Zahir Al-Bybar pada tahun 1271 Masehi lalu menjadi titik tolak penting peralihan kuasa di bumi Anbiya ini kepada umat Islam. Ia terletak 750 meter dari paras laut mengadap lembah Homs yang subur dengan tanaman anggur, tin, oren dan pistachio. Kamiberpeluang menikmati keindahan alam dari atas kota ini. Selepas itu, bertolak ke Hama dan melawat Nories (kincir air berusia ribuan tahun) di tebing sungai Orantes. Makan malam sebelum bertolak semula ke Damascus.HARI 07( 7 June 10): DAMASCUS/ZABADANI/HAMA/DAMASCUSSelepas sarapan pagi, kami dibawa ke Bab As-Saghir bagi menziarahi makam isteri-isteri Rasulullah sallallahu ‘alaihe wasallam iaitu Ummu Habibah, Ummu Salamah dan Ummu Hafsah radhiallahu anhunna serta makam sahabat Bilal bin Ar-Rabah iaitu juruazan Rasulullah dan Mu’awiyyah radhiallahu anhu jurutulis wahyu dan para syuhada’Karbala. Makan tengahari dan solat. Selepas itu, bertolak ke Hama dan melawat Nories (kincir air berusia ribuan tahun) di tebing sungai Orantes.Makan malam.HARI 08(8 June 10): DAMASCUS/QOSIYUNSelepas sarapan pagi terus ke makam Habil iaitu anak Nabi Adam as yang telah dibunuh oleh saudaranya Qabil yang merupakan pembunuhan pertama di dunia dan ianya berlaku di pergunungan Qalamun 45 km utara Damsyik. shopping selama 8 jamm . huuu , penat..........=,= and happyy ;)and last night gi makan kat restoran yg terbesar di duniaa . yoyoyoooo oo je . tapi , mmg restoran tuu besar ponnn . huhuh .HARI 09-10(9&10 June 10):DAMASCUS/BAHRAIN/KUALA LUMPURSelepas sarapan, Check out hotel dan bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Damascus untuk penerbangan pulang ke Malaysia melalui (transit) Bahrain selam 4 jam .lepakk-ing at surau . haha. Tiba di KLIA keesokan harinya. balekkk umahhh . yipiiiiii ;)P/S:copyy and paste from POTO TRAVEL AND TOURS .hehehe . tuu pasal ayat skema je . ngee;DD