Tuesday, July 12, 2011

PLKN

TAHNIAH KAWAN KERANA TELAH DAPAT TAWARAN KE PLKN 2012 :)
JAGA DIRI OKEY !

HMM

HANYA MAMPU ''HMMMM'' REDHAA :)

Monday, July 11, 2011

Entry :(

SEMUA ORANG BUAT BOLEH, SAYA BUAT TAK BOLEH. KENAPA ?? :'(

Sunday, July 10, 2011

MAAF

MAAF. INI SEMUA SALAH SAYA SBB TAK CAKAP YG BENAR DAN YANG SALAH. BERITAHU '' LANGSUNG TAK MENYESAL'' KERANA KAWAN SENTIASA PEMANGKIN SEMANGAT SAYA . TERIMA KASIH KAWAN :)

Monday, June 27, 2011

PadaMu ku memohon....


Ya Allah Ya Tuhan kami,

Ampunilah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa guru-guru kami, dosa sahabat-sahabat kami, dan dosa seluruh muslimin muslimat samada yang masih hidup atau yang telah mati.


Ya Allah Ya Tuhan kami,

Kami menadah tangan kepadaMu, berkatilah segala ilmu yang telah kami pelajari, keluarkanlah kami daripada lembah kejahilan dan kegelapan, kepada daerah cahayaMu dan ilmu pengetahuan.


Ya Allah Ya Tuhan kami,

Hanya Engkau yang mampu memberi taufik dan hidayah kepada hambaMu, maka anugerahkanlah kepada kami taufiq dan hidayahMu, agar kami menjadi pelajar yang amanah menjalankan tanggungjawab untuk belajar, tambahkanlah kasih sayang diantara kami dan sahabat2 kami, jauhkanlah rasa benci hasad dan iri hati, hiasilah diri kami seperti peribadi Nabi, serta lindungilah kami dari syaitan yang dilaknati.



Ya Allah Ya Tuhan kami,

Ikhlaskan hati kami dalam menuntut ilmu, kekalkan semangat yang tinggi untuk kami terus belajar tanpa ada rasa jemu, janganlah Engkau palingkan hati kami dari mengingatiMu ya Allah, lindungilah kami dari menuntut ilmu hanya kerana segulung sijil, hanya untuk harta, hanya untuk wanita, dan hanya untuk takhta, lindungilah kami dari sifat tamakkan dunia.


Ya Allah Ya Tuhan kami,

Kami berlindung kepadaMu daripada ilmu yang tidak memberi manfaat kepada diri dan agama kami, jadikanlah kami orang yang beramal dengan ilmu yang telah Engkau pinjamkan kepada kami.


Ya Allah Ya Tuhan kami,

Kami memohon kepadaMu, mengharap kepadaMu, bertawakkal kepadaMu, berilah kejayaan kepada kami dalam peperiksaan SPM yang bakal kami tempuhi, tenangkan hati kami, lapangkan dada kami, luaskan fikiran kami, kuatkan ingatan kami, dan janganlah Engkau jadikan kami tergolong dalam golongan yang menggunakan ilmu untuk merosakkan agama.


Ya Allah Ya Tuhan kami,

Kami hamba yang lemah hina dan dina ini, memohon seribu rahmat dan keberkatan dariMu, golongkanlah kami dalam golongan yang Engkau redhai, tanpa redhaMu, tiadalah ertinya kehidupan kami, maka kepadaMu kami memohon, redhailah kami dalam apa jua yang kami kerjakan.

Wednesday, June 8, 2011

satu cerita

Pada satu hari nie,ada seorang budak nie pegi jalan-jalan kat Mid Valley dengan kawan2 dia.Then, jam kat tangan dah nk dekat 6 petang lebih.Sorang kawan dia nie ajak berhenti sembahyang kat masjid berdekatan.Kawan-kawan dia yang lain pun bersetuju.Kecuali dia,macam nak tak nak je.Dia pun kena ikut kawan-kawan dia pergi masjid laa konon.Dia pun masuk masjid ikut kawan-kawan dia.Kawan-kawan yang lain sume dah nak sembahyang.Pastu dia just duduk je.Salah sorang kawan dia tanye.Kenapa kau tak sembahyang?cuti erk?Pastu budak nie senyum2 and jawab camnie ''aku malas nak ambik wuduk,leceh laah....nnti basah baju aku,korg sembahyang jelaa'' Hadoi, nak je sepak diaa nie .ish cam siot je!!!!